CYBERJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau kekal percaya pada konsep ‘bipartisan’.
Ia merujuk kepada kerjasama antara parti politik lain bagi memberi fokus berkhidmat demi rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu berikutan Syed Saddiq baru-baru ini memuat naik satu foto bersama Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Pilihanraya sudah tamat, kini masa untuk fokus berkhidmat. Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat saya kepasa Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap kekal.
“Hormat kawan & lawan. Dua jam berbual, catching up on life after elections.
“TSMY juga pengundi saya di Muar. Jasanya banyak.
“Let’s build a Malaysia which is governed with integrity & dignity, a country where all Malaysians feel at home,” tulisnya menerusi perkongsian itu hari ini.
Tambah Presiden parti MUDA itu, aspek keberanian untuk berkhidmat merentasi sempadan politik perlu ada bagi memberi kemajuan buat Malaysia.
“We need a strong & stable government with an effective Opposition to turbocharge Malaysia forward.
“Time to focus on rebuilding Malaysia,” ujarnya.