HomeBeritaNetizen teruja lihat TikTok JPM rancak selepas Anwar jadi PM

Netizen teruja lihat TikTok JPM rancak selepas Anwar jadi PM

CYBERJAYA: Ramai warga maya menzahirkan reaksi teruja melihat perkembangan semasa akaun sosial media TikTok Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Berikut merupakan beberapa komen warga maya daripada TikTok terhadap akaun JPM yang MEDIA VARIASI dapat kumpulkan mengenai perkara tersebut.

“Sejak DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jadi PM ni, media team JPM power betul eh,” kata pengguna TikTok, @petre_ikato.

“Ada Anwar aku ‘like’! Kalau tak aku swipe! 😂,” kata pengguna TikTok, @ymaa1901.

“Sejak DSAI jadi PM nii aku banyak ‘follow’ badan kerajaan.. sebelum ni memang tak ambil ‘port’ langsung..😂😂,” kata pengguna TikTok, @fazaarif7717.

“Setiap hari ternanti-nanti perkembangan kerajaan… serius tak pernah rasa macam ni🔥🔥🔥 semangat yang luar biasa,” kata pengguna TikTok, @shii226.

“Amboi dah dua kali JPM lalu ‘fyp’ ‘iols’ ni. Rasanya tak pernah nampak jabatan kerajaan punya video TikTok lalu,” kata pengguna TikTok, @yongshinjuai.

“Wah post pasal DSAI ‘viewer’ dan ‘likers’ banyak 😁😁🥰🥰,” kata pengguna TikTok, @kucings__.

“Wehh.. ‘page’ kerajaan makin ‘best’ sejak DSAI masuk.. terus ‘follow’ untuk ikuti perkembangan PM10 kita..🥰,” kata pengguna TikTok, @khyrulhycal.

Setakat ini terdapat empat video TikTok yang dikeluarkan JPM mengenai Anwar iaitu ketika beliau memulakan tugasnya sebagai perdana menteri di Putrajaya dan ketika Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri.

Author

Pilihan Editor