KUALA LUMPUR: Tumpuan pengamal media sekali lagi terarah di Pintu Utama Istana Negara petang ini susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempersembahkan senarai timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengamal media mula berkumpul pada 2.30 petang selepas Anwar dilaporkan menghadap Seri Paduka petang ini.
Kenderaan membawa Perdana Menteri tiba di perkarangan Istana Negara sebelum masuk melalui Pintu Utama Istana Negara pada 4.07 petang. – BERNAMA