BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo kembali ke pusat latihan Valdebebas, Real Madrid selepas empat tahun meninggalkan kelab tersebut.
Ronaldo yang kelihatan berlatih bersendirian itu ingin mengekalkan bentuk badannya sementara dia mencari kelab baharu. Ronaldo yang kini bergerak sebagai ejen bebas selepas mencapai kata sepakat bersama bekas kelabnya Manchester United untuk menamatkan kontrak yang bernilai £500,000 seminggu pada November lalu selepas mencetuskan kontroversi bersama Piers Morgan.
Kehadiran Ronaldo ke Real Madrid itu setelah pemain berusia 37 tahun itu meminta Presiden Real Madrid, Florentino Perez untuk menggunakan fasiliti di Valdebebas selepas selepas negaranya tersingkir dari saingan Piala Dunia Qatar 2022 di tangan Maghribi.
Semasa berkhidmat bersama Real Madrid, Ronaldo telah memenangi dua kejuaraan La Liga, tiga trofi Liga Juara-juara Eropah dan tujuh anugerah Ballon d’Or. Perkara ini membuatkan Florentino Perez tiada masalah untuk membenarkan Ronaldo berlatih di Valdebebas.
Pastinya, ke mana destinasi Ronaldo masih menjadi tanda tanya buat peminat bola sepak di seluruh dunia.