HomeBeritaTak perlu ‘jilat’ Anwar, Fahmi Reza minta penyokong tegar PM henti mengampu

Tak perlu ‘jilat’ Anwar, Fahmi Reza minta penyokong tegar PM henti mengampu

 

CYBERJAYA: Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza mengingatkan penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya hentikan sikap suka ‘mengampu’.

Fahmi atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin berkata demikian susulan wujud sekumpulan manusia yang mahu membuat laporan polis terhadapnya gara-gara penghasilan karya grafiknya yang bersifat ‘sarkastik’ terhadap Anwar.

For your information, sebelum Anwar jadi PM, dia pernah retweet karya grafik satira aku yang kritik dan persendakan dia.

“Kalau dia tak ‘koyak’ kena satira, kenapa korang pulak nak menggelabah? Berhentilah jadi pengampu PM yang suka repot polis. Dia tak perlu dijilat,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

Pada masa sama, Fahmi turut memuat naik sebuah video yang memaparkan Anwar berkata, kritikan terhadap perdana menteri dibenarkan.

Malahan, dalam hantaran sama Fahmi turut meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil perhatian atas isu berkenaan.

Fahmi turut memetik ucapan Anwar di dalam video tersebut berkaitan isu itu.

“Saya tidak pernah mengarahkan, malah memberitahu Ketua Polis Negara bahawa kritikan terhadap Perdana Menteri atau kerajaan, dlm sistem demokrasi, dibenarkan & diizinkan,” kata Anwar.

Berdasarkan ucapan itu, Fahmi berharap supaya PDRM berhenti menyiasat satira atau pengkritik PM selepas ini.

Author

Pilihan Editor