HomeMV+PendapatUEC lubuk duit pendidikan dan monopoli swasta?

UEC lubuk duit pendidikan dan monopoli swasta?

SIJIL Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang direkacipta oleh pihak swasta, satu kaum sahaja tanpa mengambil kira komponen-komponen silibus Sekolah Kebangsaan.

Contoh besarnya semua pelajaran diajar dalam bahasa Cina dan direkacipta mengikut piawaian sendiri.

Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Tamil memang sudah dijamin dalam Perlembagaan.

Pelajar-pelajar apabila pergi ke Sekolah Menengah akan masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan.

Jika kita lihat pencapaian mereka, mereka lebih ramai yang cemerlang berbanding kaum lain dan tiada isu tercicir.

Kenapa pihak swasta harus ‘demand’ supaya pensijilan mereka diterima, adakah untuk selamatkan ‘periuk nasi’ mereka?

Berapakah nilai industri di sebalik UEC contoh kelas-kelas tuisyen, cetakan buku, upah pakar membuat buku?

Adakah wujud lubuk duit industri tuisyen UEC? Dan guru-guru tuisyen UEC yang satu kaum sahaja?

Ketika ini mereka membuat ‘kumpulan pendesak’ dengan memberikan sidang media, kenyataan-kenyataan dan menghantar mereka ke parti politik supaya disuarakan dan kerajaan memberi muka kepada mereka.

Bagi guru-guru yang mengajar subjek SPM pasti tahu berapa nilaian bulanan, pendapatan mengajar tuisyen sijil SPM.

Bayangkan sistem UEC ini sudah tentu dimonopoli satu kaum sahaja.

Data ini menakutkan kerana mereka adalah pelanggan kepada pensijilan swasta sudah berapa banyak wang yang dikaut oleh kumpulan monopoli ini sejak itu.

Balik kepada kumpulan pendesak mereka uar-uarkan seolah-olah kerajaan itu zalim, seolah-olah pemimpin politik itu berkuasa memberi pengiktirafan.

Hakikatnya pensijilan UEC tidak bertepatan dengan Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Negara, serta bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah.

Sudah dua kali salah mahu jadikan ianya perkara betul? Atau semua kekecohan ini untuk selamatkan duit dari perniagaan sampingan mereka dan memperjudikan kaum bangsa mereka sendiri?

*Tulisan di atas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian MEDIA VARIASI

Author

Pilihan Editor