HomeSukanBekas bintang Real Madrid, Gareth Bale umum persaraan

Bekas bintang Real Madrid, Gareth Bale umum persaraan

BEKAS pemain Southampton, Tottenham Hotspur dan Real Madrid, Gareth Bale telah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak di usia 33 tahun.

Pemain kelahiran Cardiff itu memulakan kerjayanya dari Southampton ke Tottenham Hotspur dan perpindahan rekod dunia ke gergasi Sepanyol, Real Madrid sebelum berpindah ke kelab Major League Soccer Los Angeles FC pada Jun 2022.

Kapten untuk pasukan kebangsaan Wales itu mengumumkan berita itu melalui media sosial. Bale yang sebelum ini telah berjaya membantu pasukan kebangsaan Wales layak ke peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar 2022 , UEFA Euro 2016 dan 2020. 

Untuk rekod, Bale merupakan memegang penampilan terbanyak untuk negaranya sebanyak 111 penampilan dan turut menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk Wales sebanyak 41 gol dan boleh dikatakan sebagai pemain terbaik untuk pasukan kebangsaan Wales.

Gareth Bale pernah melakar sejarah apabila menjadi pemain paling mahal di dunia semasa perpindahan dari Tottenham Hotspur ke Real Madrid sebanyak €100.8 million pada tahun 2013. 

Sepanjang 17 tahun karier Bale di Real Madrid, dia berjaya memenangi lima kali Liga Juara-Juara Eropah, tiga kali UEFA Super Cup, tiga kali Piala Dunia Kelab FIFA, tiga kali La Liga, Copa Del Rey dan SuperCopa. 

“Ia (bola sepak) benar-benar memberikan saya beberapa momen terbaik dalam hidup saya,” 

“Kemuncak tertinggi dalam tempoh 17 musim, yang mustahil untuk diulangi, tidak kira apa yang ada dalam bab seterusnya untuk saya,” tambah Bale.

Author

Pilihan Editor