HomeHiburanKomuniti ‘stand up comedian’ anjur Demi Lucu 3 Februari ini

Komuniti ‘stand up comedian’ anjur Demi Lucu 3 Februari ini

 

CYBERJAYA: Komuniti stendap, Stendap Komedi Melayu Malaysia (SKMM) akan menganjurkan sebuah pertunjukan komediri Bahasa Melayu, Demi Lucu pada 3 Februari ini.

Program yang akan berlangsung di Soulcity Hub, Petaling Jaya itu bakal menampilkan barisan pelawak selebriti seperti Nizam Jentik Jentik, juara dan naib juara Awesome Raja Lawak, Sofwan Roos dan Muslim Rosli serta pelawak dari borneo, Ucupkun.

Lebih menarik lagi, program Demi Lucu ini akan dikendalikan oleh juara Miss Lawak Astro, Filzah Awok dan Ayim Razak.

“Komedi pentas merupakan salah satu medium hiburan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.

“Menyedari hal ini, komuniti stendap atau SKMM ditubuhkan untuk menyatukan para penglipur lara atau ‘stand up comedian’ dengan penikmat komedi juga mengangkat seni stendap komedi di Malaysia.

“Diharapkan pertunjukan yang bakal disajikan dapat memberi pengalaman yang menyenangkan buat yang hadir supaya program ini boleh diteruskan secara berkala sejurus menyatukan Malysia dengan tawa,” kata SKMM dalam kenyataan media hari ini.

Oleh itu, orang ramai yang berminat boleh membuat pembelian tiket bernilai RM40 (early bird) dan RM50 (normal) menerusi Instagram Standup.Malaysia atau hubungi +6013-4011737.

Author

Pilihan Editor