HomeSukanE-sukanM4 Playoffs: Todak ikut jejak RRQ Akira ke 'lower bracket'

M4 Playoffs: Todak ikut jejak RRQ Akira ke ‘lower bracket’

PASUJKAN Mobile Legends (MLBB) negara, Todak terpaksa menerima hakikat apabila mereka terpaksa ke pusingan lower bracket kejohanan bracket dunia MLBB, M4 selepas pasukan RRQ Hoshi berjaya menewaskan pasukan Todak dengan skor 3-0. 

Kemenangan oleh RRQ Hoshi ini ke atas pasukan Todak memanjangkan lagi kemarau kekalahan pasukan Todak apabila bertemu dengan pasukan RRQ.

Pada perlawanan yang pertama, Todak agak sukar untuk mematahkan strategi yang diatur oleh RRQ yang gemar melakukan gank dan ia memberikan kelebihan kepada skuad dari Indonesia itu.

Dengan strategi yang diguna pakai oleh RRQ membuatkan kesemua pemain Todak tewas kepada mereka pada perlawanan pertama. 

https://twitter.com/teamrrqofficial/status/1612046079595548677

Memetik laporan daripada MyGame On, pasukan Todak cuba bangkit pada perlawanan kedua dengan mendapat First Blood dan Turtle untuk mendapatkan kelebihan sementara.

Kesilapan pasukan Todak telah dihukum RRQ dalam perlawanan yang mengambil masa hampir 30 minit itu. 

Selepas ini, RRQ akan bertemu dengan wakil Filipina , Blacklist International.

 

Author

Pilihan Editor