HomeBeritaViralNetizen terkejut harga barang basah di Kedah murah sangat!

Netizen terkejut harga barang basah di Kedah murah sangat!

CYBERJAYA: Peningkatan harga barang terutamanya yang melibatkan barang mentah seperti bahan masakan pastinya membuatkan rata-rata netizen pening kepala.

Mana tidaknya, kos sara hidup yang melambung tinggi dari semasa ke semasa dengan pendapatan gaji yang tidak seberapa membuatkan rakyat perlu berjimat-cermat dalam berbelanja.

Namun, siapa sangka dalam keadaan ekonomi negara yang serba mahal, masih ada insan yang berjiwa mulia menjual barangan mentah dengan harga mampu milik bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan B40.

Perkara itu dikongsi menerusi grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ dimana terdapat sebuah pasaraya mini yang menawarkan jualan bahan masakan secara set dengan harga yang murah.

Foto: Noraida Aziz

Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan dua jenis bahan masakan yang dijual secara set iaitu bahan memasak kari ikan dan mee goreng.

Menariknya, kedua-dua bahan berkenaan yang dijual secara set dengan harga RM10 dan RM5 masing-masing, turut dilengkapi dengan bahan asas lain seperti cili, serbuk kari, santan dan sebagainya.

Difahamkan lokasi pasaraya mini itu adalah di AimanQawi Minimart yang terletak di Sik, Kedah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa kebanyakan negeri di bahagian utara seperti Kedah masih mengekalkan jualan bahan mentah dengan harga yang murah.

Malah, ada juga yang membuat perbandingan dengan negeri lain dengan menyatakan harga jualan yang ditawarkan di negeri Kedah sememangnya tidak akan dapat di tempat lain seperti di Johor dan Kuala Lumpur.

Author

Pilihan Editor