HomeSukanE-sukanNurul ‘Ayumii’ perkuat RRQ Kaguya bagi division Valorant Ladies

Nurul ‘Ayumii’ perkuat RRQ Kaguya bagi division Valorant Ladies

PASUKAN e-sukan yang berpangkalan di Indonesia RRQ telah mengumumkan pasukan RRQ Kaguya yang dibarisi oleh pemain-pemain wanita untuk permainan Valorant.

Antara nama yang akan memperkuatkan pasukan RRQ Kaguya adalah RRQ Nabbsky, RRQ Eisberg, RRQ Alluka dan RRQ Ayumiii.

Lebih manis RRQ Ayumii atau nama sebenarnya Nurul Aini merupakan wakil tunggal dari Malaysia yang mewakili pasukan RRQ. 

Sebelum ini, Nabbsky, Eirsberg dan Ayumii pernah mewakili pasukan Alter Ego Celeste dalam siri permainan Valorant yang juga merupakan pasukan dari Indonesia. 

https://twitter.com/teamrrqofficial/status/1615982522327867395

Pengumuman pemain RRQ Kaguya dibuat secara rasmi melalui laman sosial rasmi pasukan RRQ.

Tinggal seorang sahaja lagi pemain yang masih belum dimumkan oleh RRQ untuk melengkapkan barisan lima pemain utama Valorant.

Author

Pilihan Editor