HomeMV+EksklusifRohingya tiada niat kekal di Malaysia, mahu pulang - Ketua komuniti

Rohingya tiada niat kekal di Malaysia, mahu pulang – Ketua komuniti

KUALA LUMPUR: Etnik Rohingya yang menjadi beban kekal di Malaysia sebenarnya mahu pulang ke Myanmar.

Ketua Komuniti Muslim Rohingya, Thu Zar Maung @ Rahidah Abdul Azeez  berkata, pelarian Rohingya memang mahu pulang ke tanah air dan tidak berhasrat mahu jadikan Malaysia sebagai rumah mereka.

“Mereka cuma bimbang ditangkap, dibunuh oleh tentera Junta yang masih belum berakhir.

“Kami faham kekangan Malaysia yang terpaksa menanggung pelbagai isu kesan pelarian yang telah terlalu lama berlaku di sini.

“Kami juga tidak tahu Kerajaan Perpaduan menyokong junta atau tempatan di Myanmar, ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Pelarian Rohingya yang tiba di perairan Malaysia

Sementara itu, peguam, Norman Fernandez berpandangan jika Rohingya dibenarkan terus berada di Malaysia tidak mustahil etnik berkenaan akan menuntut untuk diiktiraf sebagai bangsa Melayu dan berhak mendapat pendidikan di universiti awam tempatan.

Norman Fernandez

Tidak mustahil dalam tiga ke empat generasi (akan datang), Rohingya di Malaysia yang beragama Islam boleh cakap bahasa Malaysia dan sudah mengamalkan budaya Melayu, akan menuntut untuk diiktiraf sebagai Melayu. Mereka akan menuntut hak belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Alahai, terkenang sajak Usman Awang. Semua boleh jadi Melayu,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan etnik Rohingya sebagai minoriti paling teraniaya di dunia dan pada tahun 2016 hingga 2017, ribuan etnik tersebut turut dibunuh, dirogol serta diseksa atau ditangkap junta Myanmar.

Turut dilaporkan, setiap tahun ramai di kalangan etnik berkenaan mempertaruhkan nyawa menaiki kapal untuk lari dari Myanmar dan kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh menuju ke Malaysia serta Indonesia.

Author

Pilihan Editor