HomeSukanSyihan Hazmi milik JDT

Syihan Hazmi milik JDT

PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi, 27, sah menjadi pemain terbaru yang ditandatangani pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT).

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tiger sebentar tadi.

Sebelum ini, Syihan pernah mewakili pasukan PJ City FC pada tahun 2021 sebelum menyertai Negeri Sembilan FC pada tahun lalu dengan aksi yang memberangsangkan sehingga dapat memikat hati pemilik JDT, Tunku Ismail (TMJ). 

Penjaga gol kelahiran Kelantan itu beraksi sangat cemerlang bersama pasukan Negeri Sembilan sehingga menjadi pilihan utama penjaga gawang bagi pasukan Harimau Malaya dibawah kendalian Kim Pan Gon. 

Dengan kemasukan Syihan ke JDT, semestinya akan memberikan saingan sengit kepada penjaga gol sedia ada seperti Farizal Marlias dan Haziq Nazli.

Pengendali JDT , Esteban Solari pasti sukar untuk memilih siapa yang akan berada diposisi penjaga gol pasukan JDT pada musim 2023 ini. 

Author

Pilihan Editor