HomeBeritaMahkamah & JenayahAnak dah lima baru sedar nikah tak sah

Anak dah lima baru sedar nikah tak sah

SUBANG: Hanya setelah memiliki lima orang anak, barulah pengasas tudung jenama Jennaira menyedari pernikahannya dengan seorang lelaki bergelar Datuk tidak sah (syubahah) akibat pemalsuan dokumen.

Berita berkaitan:[VIDEO] Pengasas Jennaira dedah nikah tak sah, guna wali hantu

Datuk Seri Azlina Hanim Hasan, 36, menceritakan ‘suami palsu’ yang menikahinya, Datuk Rohaizat Musa, 47, dipercayai mengupah seorang lelaki yang menyamar sebagai wali ketika pernikahan mereka.

“Pernikahan itu diadakan di sebuah rumah di Keramat menggunakan sindiket kononnya tanpa pengetahuan isteri pertama Rohaizat.

“Rohaizat menggunakan identiti seorang lelaki yang sudah meninggal dunia pada tahun 1964 sebagai wali ketika kami bernikah pada tahun 2013 di Keramat.

“Saya hanya dapat tahu segala penipuan beliau setelah pernikahan saya telah dibubarkan dan diklasifikasi tidak sah oleh Jabatan Agama Islam Kota Setar.

Azlina Hanim berkata, siasatan pihak berkuasa mendapati wujud pemalsuan dokumen, penipuan pernikahan malah beliau baru tahu status Rohaizat adalah duda ketika bernikah dengannya.

Berita berkaitan:[VIDEO] Pengasas Jennaira dedah nikah tak sah, guna wali hantu

 

“Saya seolah dipukau sepanjang perkahwinan, tidak ambil peduli mengenai pendaftaran pernikahan sehingga melahirkan anak seorang demi seorang.

“Anehnya kami bukan suami isteri sah tetapi anak-anak boleh pula dibinkan dia kerana Jabatan Pendaftaran tak ‘link’ dengan Jabatan Agama,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Pada 2019, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dipetik berkata,  pihaknya telah menahan Rohaizat yang merupakan ejen kepada sindiket pelaburan tidak wujud dikenali sebagai World Strect Bcom (WSB) atau Pelaburan Jasman.

Berita berkaitan:[VIDEO] Pengasas Jennaira dedah nikah tak sah, guna wali hantu

Dalam pada itu, Azlina Hanim membuat tuntutan saman sebanyak RM10 juta terhadap bekas suaminya kerana telah menipu ketika bernikah.

“Nama saya tiada dalam pendaftaran pernikahan di Jabatan Agama Islam yang menyebabkan status saya bukan janda, seolah tidak pernah berkahwin walau anak sudah lima orang hasil perkongsian hidup bersamanya.

“Beliau bagaimanapun tidak endah soal nafkah anak walau satu sen satu titik susu pun.

“Nafkah anak akan dibuat tuntutan diputuskan di Mahkamah Syariah Sabak Bernam pada 28 Februari ini.

“Manakala tuntutan saman RM10 juta akan dibuat di bawah Mahkamah Sivil Shah Alam, tarikh akan diberitahu kemudian,” katanya.

Berita berkaitan:[VIDEO] Pengasas Jennaira dedah nikah tak sah, guna wali hantu

Author

Pilihan Editor