HomeBeritaViralDua hari tayangan raih RM1.1 juta, netizen 'enjoy' tengok Didi & Friends...

Dua hari tayangan raih RM1.1 juta, netizen ‘enjoy’ tengok Didi & Friends The Movie

CYBERJAYA: Filem animasi negara, Didi & Friends The Movie berjaya meraih RM1.1 juta dalam masa dua hari tayangan.

Meninjau di media sosial, rata-rata rakyat Malaysia khususnya golongan ibu bapa berpendapat bahawa filem berdurasi 104 minit itu menarik dan berbaloi untuk ditonton di pawagam.

Malah, ada juga yang mengatakan filem animasi yang menjadi tarikan anak-anak kecil itu juga berjaya membuatkan golongan dewasa ‘menangis’ saat menontonnya.

Dalam pada itu, filem yang menampilkan aksi pengembaraan penuh hiburan dengan watak utama iaitu Didi, Nana dan Jojo nyata terselit banyak pengajaran.

Untuk rekod, filem Didi & Friends The Movie ini mengisahkan pengembaraan Didi, Nana dan Jojo ke dunia Muzika demi mencari penawar ajaib untuk Pak Beruang yang jatuh sakit.

Pelbagai halangan dan rintangan mereka alami termasuklah berdepan dengan lanun langit yang menakutkan.

Untuk ketahui lebih lanjut, saksikan filem pengembaraan muzikal ini di pawagam berdekatan anda.

Author

Pilihan Editor