HomeSukanBeritahu rakan sepasukan untuk bayar gaji kamu, TMJ tempelak Liridon

Beritahu rakan sepasukan untuk bayar gaji kamu, TMJ tempelak Liridon

LIRIDON Krasniqi yang merupakan pemain pinjaman Terengganu FC telah menarik perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ), selepas membuat satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini.

Sebelum perlawanan Piala Sumbangsih antara kedua-dua pasukan, Liridon telah mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sepasukannya di laman media sosial Instagram miliknya.

Lapor VocketFC, sebelum sepak mula Piala Sultan Haji Ahmad Shah di antara kedua-dua pasukan, Liridon telah memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Liridon berkata “Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya”.

TMJ kelihatan tidak senang dengan situasi ini dan menyuruh Liridon untuk meminta pasukannya untuk membayar gajinya saat ini.

“Beritahu rakan sepasukan kamu untuk membayar gaji kamu,” tempelak Tunku Ismail.

Untuk makluman, pemain yang dinaturalisasi dari negara tersebut tidak dapat bermain kerana persyaratan pinjaman yang telah dipersejutui oleh kedua-dua pasukan, di mana pemain JDT yang sedang dipinjamkan tidak dibenarkan untuk bermain melawan skuad Harimau Selatan itu.

Perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu disudahi dengan kemenangan 2-0 pasukan JDT hasil jaringan Juan Muniz dan Bergson da Silva.

Skuad kendalian Esteban Solari itu turut diberikan tiga mata pertama bagi saingan Liga Super 2023.

Author

Pilihan Editor