HomeNiagaMalabar mahu tembusi pasaran emas Melayu

Malabar mahu tembusi pasaran emas Melayu

KLANG: Pemborong emas keenam terbesar di dunia, Malabar Gold & Diamonds (MGD) yang memulakan operasinya di India pada 1993, kini menyasarkan pelanggan Melayu dengan rekaan eksklusif mengikut citarasa orang Melayu.

Malabar yang memiliki 305 cawangan termasuk tujuh di Malaysia telah memulakan inisiatif bagi menarik minat Melayu bagi memilih jenama ini sejak ia mula bertapak di Malaysia pada tahun 2015.

Ketua Cawangan Malaysia Malabar Gold & Diamonds, P Nijeesh

Ketua Cawangan Malabar Malaysia, P Nijeesh berkata, sebanyak tiga cawangan iaitu di Ampang, Subang dan Seremban memfokuskan rekaan citarasa Melayu.

“Ramai salah sangka dengan menganggap Malabar hanya menyediakan rekaan citarasa India sahaja, namun realitinya kami ada banyak rekaan eksklusif yang menjadi pilihan Melayu dan lain-lain.

“Malabar turut memberi diskaun luar biasa serta pelbagai hadiah menarik seperti siling emas kepada pelanggan setia mengikut rekod pembelian mereka.

“Kelebihan kami adalah jaminan kualiti, Tujuh Jaminan Malabar termasuk servis emas percuma sepanjang hayat, berlian yang diperakui IGI dan GIA, pemeriksaan berkualiti dengan 28 semakan piawaian global, pertukaran emas tanpa susut nilai harga asal dan emas tulen berciri 916.

“Malabar turut menawarkan rekaan eksklusif lain daripada lain seperti Mine, Era, Precia, Devine, Starlight dan emas Malabar sendiri yang dikilangkan dari Dubai,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Antara rekaan eksklusif di Malabar Gold & Diamonds

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pembukaan cawangan MGD ke tujuh di Klang pada Sabtu oleh Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Supritendan Cha Hoong Fong dan Ketua Wilayah Timur MGD, Ajith Murali.

Cawangan baharu ini mempamerkan pelbagai rekaan emas 22K, berlian yang tidak dipotong dan variasi permata daripada yang ringan hingga yang berat bersesuaian dijadikan kelengkapan pengantin.

Tawaran menarik sehingga 6 Mac ini bagi pelanggan Malabar di Klang iaitu akan menerima setengah gram siling emas percuma pada setiap pembelian bernilai RM3,500.

Manakala pelanggan akan menerima satu gram syiling emas bagi setiap pembelian bernilai RM6,000.

Dalam pada itu, Nijeesh berkata, meskipun Malabar berpengkalan di India namun peluang kerja masih diberi keutamaan kepada rakyat Malaysia.

“Ketika ini kami sudah ada 75 kakitangan tempatan di tujuh cawangan,” katanya.

Author

Pilihan Editor