HomeHiburanNetizen tak percaya Zara Zya kahwini 'Mr N', anggap lakonan drama

Netizen tak percaya Zara Zya kahwini ‘Mr N’, anggap lakonan drama

CYBERJAYA: Tular di media sosial foto dan video memaparkan pelakon, Zara Zya berbusana pengantin hari ini.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok menjadi persoalan buat warga maya kerana baru-baru ini Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, tular dengan gambar disarungkan cincin seperti majlis merisik pertunangan.

Malah, menerusi kapsyen video berkenaan difahamkan majlis perkahwinan Zara bersama pasangannya dikenali ‘Mr N’ diadakan secara tertutup.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya berasa terkejut dengan paparan video berkenaan.

Oleh kerana wajah pasangan Zara ditutup dengan emoji, rata-rata netizen berteka-teki gerangan ‘Mr N’ itu dan berpendapat bahawa lelaki bertuah itu adalah usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.

 

Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan bahawa paparan video terbabit hanyalah gimik untuk mempromosikan drama.

 

Author

Pilihan Editor