HomeBeritaViralOyen 'demok' buat hal! Abang Bomba selamatkan kucing merajuk di tingkat 7

Oyen ‘demok’ buat hal! Abang Bomba selamatkan kucing merajuk di tingkat 7

CYBERJAYA: Keletah si bulus yang terkadang lucu tanpa sebab, sememangnya menjadi perhatian orang ramai.

Namun, di sebalik kecomelan seekor kucing itu, masih ada segelintir yang ‘nakal’ hingga menjejaskan keselamatan.

Baru-baru ini, seekor kucing berbadan montel berwarna jingga, menjadi tumpuan apabila terpaksa diselamatkan oleh pihak bomba dek kerana tersangkut di luar beranda tingkat tujuh di sebuah kawasan perumahan.

Perkara itu dikongsikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sri Hartamas menerusi hantaran di Facebook rasminya.

“Terima panggilan khidmat khas misi menyelamat cik oyen di tingkat 7.

“Boleh pulak dia buat muka tak bersalah tengok kamera.. Oyen2,” tulisnya pada Selasa.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan kucing berkenaan merajuk dengan tuannya dan mahu lari rumah.

Ada juga yang beranggapan kesemua kucing berwarna jingga yang popular dengan gelaran ‘Oyen’ sememangnya ‘troublemaker’ kerana ada saja perangai yang pelik dilakukan mereka untuk meraih perhatian umum.

Author

Pilihan Editor