HomeBeritaPerarakan PAS bawa senjata cetus kebimbangan, polis panggil penganjur

Perarakan PAS bawa senjata cetus kebimbangan, polis panggil penganjur

KUALA LUMPUR: Seperti umat Islam ketahui, Nabi Muhammad SAW memiliki pelbagai jenis pedang dan antara yang paling dikenali adalah Zulfikar.

Bagaimanapun, tindakan seolah-olah terlalu mendewa-dewakan pedang berkenaan dan mengangkatnya berlebih-lebihan boleh menimbulkan Islamofobia.

Tambahan pula, penggunaannya yang lebih dikaitkan dengan budaya Arab dilihat tidak bersesuaian di Tanah Melayu.

Perarakan sekumpulan Pemuda PAS bersama  replika senjata seperti replika pedang, lembing dan perisai ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 yang berlangsung di Setiu, Terengganu pada 17 dan 18 Februari lalu nyata mencetuskan kebimbangan awam.

Menerusi satu hantaran yang tular di Facebook, rata-rata warga maya mempertikaikan tindakan itu yang disifatkan mempamerkan sisi ‘ganas’ parti tersebut.

Dalam hantaran sama turut dipersoalkan tindakan kumpulan itu kerana Islam tidak berkembang ke seluruh pelusuk dunia melalui peperangan.

Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan mereka membawa senjata secara terbuka dalam perarakan itu yang dikaitkan dengan keganasan dan provokasi.

Difahamkan, perarakan terbabit merupakan antara pengisian sepanjang progran Himpit 2023 yang berlangsung selama dua hari di Setiu.

Setiap kontinjen Pemuda PAS dari lapan daerah mempamerkan kreativiti masing-masing dalam merebut juara bagi kategori perarakan.

Difahamkan, perarakan kontijen Marang itu turut membawa bersama replika pedang gergasi dan konvoi bermotosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya sedang menyiasat isu tersebut sekali gus memanggil Pemuda PAS Terengganu.

Pada tahun 2021, PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Afghanistan dan Taliban atas perkembangan yang berlaku di negara berkenaan dan menganggapnya sebagai suatu “kemerdekaan” daripada cengkaman penjajahan.

Terdahulu, media melaporkan Taliban mengisytiharkan berjaya menawan seluruh Afghanistan selepas memasuki Istana Presiden di Kabul.

Presidennya, Ashraf Ghani melarikan diri dari Afghanistan, selepas Taliban memasuki Kabul.

Ramai rakyat Afghanistan bimbang Taliban akan kembali kepada amalan lama dalam melaksanakan Syariah.

Ketika pemerintahan Taliban dari 1996 hingga 2001, wanita tidak dibenarkan bekerja dan hukuman lain seperti rejam, sebat dan gantung akan dikenakan ke atas kesalahan lain.

 

Author

Pilihan Editor