HomeBeritaViralRohingya 'langsi' cetus kemarahan awam

Rohingya ‘langsi’ cetus kemarahan awam

KUALA LUMPUR: Seorang pelarian etnik Rohingya menuntut kerajaan Malaysia menyerahkan daerah Selayang kepada mereka dan jangan ‘menyentuh’ hak mereka di negara ini mencetuskan kemarahan awam.

Satu rakaman video tular di Tiktok, yang dimuat turun dan diulang siar oleh pengguna ‘kairulnizamabdu333’ daripada akaun ‘zulkifligsp’ memaparkan tindakan Rohingya seperti kaduk naik junjung.

Dalam video itu, individu dipercayai warga Myanmar dari etnik Rohingya menuntut hak ke atas kerajaan Malaysia selepas mendakwa sepanjang keberadaan mereka di negara ini sudah menyumbang banyak kepada ekonomi.

Antara tuntutan adalah menyerahkan kawasan Parlimen Selayang kepada etnik berkenaan sebagai balasan kerajaan kepada mereka kerana sumbangan itu.

“Kerajaan Malaysia mesti memberi hak sama rata kepada kaum minoriti dan kaum pelarian Rohingnya kerana sudah menyumbang kepada ekonomi negara.

“Sekarang diri kami hak kami menuntut hak kami, beri kami Selayang pun sudah cukup,” menurut individu itu dalam video yang sudah mendapat kira-kira 70,000 kali ulang tayangan.

Individu berkenaan malah cuba menggertak rakyat Malaysia supaya tidak menganggu kawasan Selayang selain memberi amaran supaya tiada cubaan mana-mana pihak untuk mengusir mereka.

“Selayang, Rohingya punya tempat. Itu orang Melayu, jangan kacau. Di Klang, Selayang kami punya kawasan, bangsa Cina, Melayu, India, Indonesia, tak boleh masuk, jangan cuba kacau, halau kami,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi), Datuk Norashikin Abd Ghani menyelar perbuatan pelarian berkenaan dan menggesa pihak berkuasa ambil tindakan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia Datuk Norasyikin Abdul Ghani 

“Pelarian sudah naik lemak di negara ini, mula-mula mahu kerja, selepas itu mahu penempatan, sekarang mahu daerah pula.

“Sebelum mereka menambah lagi pelbagai masalah di negara kita, eloklah mereka di hantar pulang.

“Dasar bangsa yang tidak tahu bersyukur, saya rasa cukuplah apa yang mereka buat di negara ini tidak perlulah kerajaan tunduk lagi kehendak mereka ini.

“Pihak berkuasa juga digesa ambil tindakan tegas agar jadi pengajaran pada yang lain agar mereka sedar dari mana asal usul mereka,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, etnik Rohingya yang menjadi beban kekal di Malaysia sebenarnya mahu pulang ke Myanmar.

Ketua Komuniti Muslim Rohingya, Thu Zar Moung @ Rashidah Abdul Azeez ditemui sebelum ini mendedahkan pelarian Rohingya memang mahu pulang ke tanah air dan tidak berhasrat mahu jadikan Malaysia sebagai rumah mereka.

Peguam, Norman Fernandez pula dilaporkan berpandangan jika Rohingya dibenarkan terus berada di Malaysia tidak mustahil etnik berkenaan akan menuntut untuk diiktiraf sebagai bangsa Melayu dan berhak mendapat pendidikan di universiti awam tempatan.

Author

Pilihan Editor