HomeSukanRonaldo cipta gol pertama untuk Al-Nassr

Ronaldo cipta gol pertama untuk Al-Nassr

PEMAIN yang memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya mencipta jaringan bersama pasukan baharunya, Al-Nassr dalam saingan Saudi Pro League bertemu dengan Al-Fateh pada Jumaat.

Jaringan pertama Ronaldo terhasil apabila Al-Nassr dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan sebelum tamat permainan dan Ronaldo tidak melakukan kesilapan dari sepakan itu untuk menjadikan kedudukan 2-2. 

https://twitter.com/spl_en/status/1621552912278200322?s=46&t=rTego6NCX4EF9VL9mhgoWA

Ia adalah perlawanan yang mengecewakan bagi bintang Portugal itu apabila dia terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun, dia bertenang sehingga berjaya menghasilkan gol pertamanya untuk kelab Saudi itu.

Sejak ketibaannya di Al Nassr, Ronaldo hanya menjaringkan dua gol tetapi kedua-dua gol itu hadir dalam perlawanan persahabatan menentang Paris Saint Germain dengan keputusan pasukannya tewas 4-5.

Author

Pilihan Editor