HomeHiburanSHAPADU beri peluang Adam Shahz urus majlis hotel

SHAPADU beri peluang Adam Shahz urus majlis hotel

KUALA LUMPUR: Kumpulan SHAPADU beri peluang kepada pelakon Adam Shahz untuk menguruskan majlis sempena Ramadan di Hotel Grand Campbell di sini.

Peluang ini dikongsi bersama Excellent Event Sdn Bhd, Kapt Bersekutu (PA) Mohamad Zaid Mohamad Shah atau Zack dan pengacara, pelawak popular, Abang Dee yang juga seorang Chef.

Bekas suami Fatin Afeefa berkata, peluang mengurus majlis dari A hingga Z termasuk penyediaan makanan dan persembahan ibarat rezeki berganda selepas melalui pelbagai cabaran hidup termasuk empat bulan tidak dibenar berjumpa anaknya.

Ia bermula selepas pihak pengurusan hotel melihat keupayaan ketika membuka kafe di hotel ini.

“Saya buka kafe di hotel ini sejak tahun 2021, selepas dua tahun rezeki ini datang.

“Dengan peluang ini, saya, Zack dan Dee menguruskan segala-galanya dari aspek dekorasi, persembahan dan makanan majlis.

“Tambahan pula, netizen sentiasa hendak tahu perkembangan semasa saya, kurus ke gemuk ke, jadi saya ambil peluang ‘popular’ ini untuk membantu anak yatim Pertubuhan Kebajikan Nurhati di Ampang.

“Setiap sebahagian nilai pembelian hidangan buffet Ramadan akan disalurkan ke Nurhati,” katanya kepada MEDIA VARIASI pada Majlis Hidangan 1,001 Rasa sempena Ramadan di hotel berkenaan, baru-baru ini.

Terletak di tengah-tengah ibu kota negara, The Grand Campbell Hotel, di Jalan Dang Wangi, di sini bakal menyediakan sajian Melayu klasik ‘piau’ dengan bertemakan ‘Ahlan wa sahlan’ bermaksud tersedia segala kemudahan dan tolak ansur untuk anda.

Paling menarik adalah, mereka yang menginap di The Grand Campbell Hotel adalah mereka akan menikmati sajian istimewa yang dimasak oleh pelakon, pengacara dan pelawak popular, Abang Dee, selain hiburan nostalgia.

The Grand Campbell dimiliki Kumpulan SHAPADU, terletak berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman itu menyediakan hidangan Buffet Ramadan dengan harga serendah RM78 bagi dewasa dan RM59 bagi kanak-kanak.

Harga promosi penginapan di The Grand Campbell Hotel sepanjang Ramadan bermula RM150 satu malam untuk bilik superior (termasuk sahur untuk dua orang) sehingga RM300 satu malam untuk bilik superior (termasuk sahur dan Buffet Ramadan untuk dua orang).

The Grand Campbell Hotel turut menyediakan pakej perkahwinan dengan kapasiti dewan memuatkan 500 orang pada satu masa, dilengkapi 153 bilik superior, deluxe, dan eksekutif selain bilik seminar, ruang tertutup (100 orang) dan terbuka (4,000 orang).

Author

Pilihan Editor