HomeTeknologi‘Backup plan’ TikTok? Pesaing Instagram, Lemon8 kini di 10 teratas di App...

‘Backup plan’ TikTok? Pesaing Instagram, Lemon8 kini di 10 teratas di App Store AS

TINDAKAN penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) meneruskan rancangan mengharamkan TikTok atau melakukan ‘jualan paksa’ menyebabkan ByteDance memacu satu lagi platform sosialnya ke dalam Carta Teratas App Store AS.

Lemon8 yang dimiliki oleh ByteDance yang merupakan saingan Instagram, sebelum ini tidak pernah disenaraikan dalam Carta Keseluruhan 200 teratas di Amerika namun hari ini ia berada di kedudukan No. 9 pada carta Apl Teratas App Store dan mendahului YouTube, WhatsApp, Gmail dan Facebook.

Bagaimanapun, kerana aplikasi ini masih baharu, firma analisis aplikasi pihak ketiga masih belum mempunyai akses kepada data yang tepat mengenai pemasangan Lemon8 di Amerika.

Walaupun aplikasi terbabit dilancarkan secara global pada Mac 2020, berkemungkinan besar ia dilancarkan secara senyap-senyap di App Store Amerika namun baru-baru ini, boleh dikatakan lebih ‘rasmi’ sehingga memakan perbelanjaan yang cukup besar bagi memasang iklan aplikasi tersebut.

Walaupun data penyedia risikan aplikasi Apptopia tidak mempunyai angka yang tepat mengenai jumlah pemasangan di Amerika tetapi mereka dapat menganggarkan seramai 4.25 juta pengguna aktif bulanan bagi aplikasi Lemon8 sejak ia dilancarkan.

Tambahan Lemon8 adalah aplikasi percuma tetapi Apptopia memberikan amaran ia mungkin mempunyai kempen pemasangan berbayar yang masih belum diisi dalam sistem dan pengguna perlu membuat bayaran untuk menggunakan beberapa ciri dalam aplikasi tersebut.

Difahamkan, ByteDance memanfaatkan TikTok untuk pemasangan aplikasi Lemon8 kerana, dalam masa beberapa jam, banyak video yang dikeluarkan oleh pencipta mengenai Lemon8 keluar di ‘For You Page’ namun tidak ditandakan sebagai kandungan tajaan dan banyak mendapat ulasan positif.

“Comel sangat. Menyenangkan dari segi estetik. Ia seperti Pinterest dan Instagram bersatu dan mempunyai bayi,” @Gabrielle Victor

“Jika anda belum pernah mendengarnya, saya syorkan anda pergi ke App Store dan muat turunnya!” @Passion Willems

Namun, terdapat juga pencipta lain yang mencurigai minat mendadak komuniti TikTok terhadap Lemon8.

“Adakah ini satu konspirasi bahawa saya melihat begitu banyak video [Lemon8] ini seiring dengan larangan TikTok menjadi berita sekarang?” @Alexandrea Brumfield.

Tidak menghairankan Lemon8 mendapat banyak ulasan positif kerana seperti dilaporkan oleh Insider, ByteDance melancarkan Lemon8 secara senyap-senyap di Amerika dan United Kingdom serta membayar pencipta untuk mempromosikan aplikasi tersebut.

Menariknya terdapat sesetengah pencipta berkata ingin beralih kepada aplikasi Lemon8 sekiranya TikTok diharamkan.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor