CYBERJAYA: Hero Bollywood, Shah Rukh Khan sememangnya mempunyai aura tersendiri yang memikat hati.
Malah, kemahsyuran Shah Rukh Khan membuat para peminat sanggup melakukan apa sahaja demi bertemu dengannya.
Baru-baru ini, dua orang peminat tegar Shah Rukh Khan ditahan selepas cuba menceroboh masuk ke kediaman aktor itu di Mannat, Mumbai, India.
Percubaan mereka yang memanjat dinding luar banglo milik selebriti itu gagal selepas berjaya ditangkap pengawal keselamatan ketika asyik ‘membuat kerja’.
Sewaktu pemeriksaan polis dijalankan, kedua-dua peminat tersebut mengaku datang dari Gujarat dan ingin bertemu bintang filem Pathaan itu.
Mereka juga berusia sekitar 20 dan 22 tahun, lapor Hindustan Times.
Tindakan mereka itu membuatkan mereka kini berdepan pertuduhan memecah masuk dan beberapa kes lain yang selaras dengan Indian Penal Code (IPC).