HomeBeritaKisah malang hari pertama sekolah, kaki pelajar perempuan tersepit celah besi penutup...

Kisah malang hari pertama sekolah, kaki pelajar perempuan tersepit celah besi penutup longkang

SEORANG pelajar perempuan yang berusia 16 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam dilaporkan telah terjatuh dan terperangkap di dalam besi penutup longkang lebih kurang selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan.

Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah tiba di lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi, kata Morni Mamat, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

“Berdasarkan laporan, kejadian melibatkan seorang mangsa pelajar perempuan berusia 16 tahun yang tersepit di besi penutup longkang pada kedalaman 1 meter.

Menurut laporan, pihak bomba telah mengguna peralatan khas untuk mengeluarkan kaki mangsa dan operasi itu berjaya dilakukan dalam tempoh 1 minit. 

Mangsa dikatakan tidak mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut. 

 

Author

Pilihan Editor