HomeBeritaKKM kesan enam produk kosmetik beracun

KKM kesan enam produk kosmetik beracun

 

CYBERJAYA: Sebanyak enam produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual.

Perkara itu disahkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM).

Enam produk itu adalah Flashhskinzz Moist Sunscreen Serene Treatment Cream, Tempias Hawa Master Recovery Skin Rskin, Karisma Preventing Day Cream, SL Two Kunyit dan SL Two Sarang Burung.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan dikesan mengandungi merkuri, Betamethasone 17- Valerate, Hydroquinone dan Tretinoin.

“Susulan daripada itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya elak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” maklumnya.

Antara produk yang dikesan mengandungi racun berjadual
Antara produk yang dikesan mengandungi racun berjadual

Author

Pilihan Editor