HomeBeritaKPMC bertaraf hospital elit sasar pelancong Riau

KPMC bertaraf hospital elit sasar pelancong Riau

KAJANG: Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) antara 46 hospital swasta elit di Selangor yang menyediakan alternatif kepada pesakit antarabangsa khususnya dari Riau, Indonesia menjalani rawatan berasaskan pelancongan perubatan atau ‘medical tourism’.

Ketua Pegawai Eksekutif KPMC, Datuk Saroni Judi berkata, jaminan ketelusan sepanjang memberi servis kepada orang ramai antara faktor utama kenapa ramai pelancong asing memilih KPMC.

“Kami akan memberi rujukan kepada pesakit jika tiada kepakaran rawatan di KPMC kepada pusat perubatan lain juga dengan kualiti servis yang baik dengan harga berpatutan, kami takkan merujuk kes berkenaan ke pusat yang ada rekod tidak baik.

“Selain itu, jaminan layanan terbaik bermula daripada ketibaan mereka di lapangan terbang hingga ke hotel yang sudah berkolaborasi dengan KPMC, hanya penginapan terbaik yang disyorkan.

“Menerusi Tourism Selangor, Malaysia ada ketengahkan pilihan untuk pesakit luar negara dari wilayah Indonesia, untuk terima rawatan di Kuala Lumpur, Selangor.

“KPMC turut bekerjasama dengan UCMI dalam membantu menyediakan tenaga mahir dan latihan pendidikan,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Wad Pelancongan Perubatan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Gabenor Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Gabenor Riau, M Si Drs H Syamsuar; Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Md Nasier Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad; Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Prof Dr Wan Azizi Wan Sulaiman dan delegasi dari Riau.

Saroni berkata, lokasi Riau menjadi antara pilihan kerana faktor lokasi yang sangat hampir dengan kedudukan geografi KPMC di Semenanjung Malaysia.

“Lepasan universiti di Riau juga boleh menjalani latihan praktikal di sini seterusnya bekerja di sini,” katanya.

Author

Pilihan Editor