HomeNiagaLisa Surihani, Ariani 'diijab kabul'

Lisa Surihani, Ariani ‘diijab kabul’

KUALA LUMPUR: Ariani akhirnya ‘diijab kabul’ kan dengan pelakon berkarektor lembut dan tegas, Datin Lisa Surihani yang kini dilantik sebagai duta ketiga jenama fesyen terkenal dengan ciri eksklusif itu.

Ia terlahir hasil selepas adat merisik, tiga kali pinangan ditolak akhirnya mereka bersatu di atas pentas yang sama.

‘Chemistry’ unik bersama ‘teamwork’, selain penghayatan jiwa menepati kehendak jenama Ariani, Datin Farah Haryani Muhammad Philip memilih Lisa menjadi Duta Ariani selain sedia ada, Bella Dally dan Uyaina Arshad.

Lisa Surihani

Percaya dengan setiap aturan hidup telah ditetapkan oleh Allah SWT, Farah Haryani yang dikenali sebagai Lady Boss bersikap lembut, teliti, pemurah dan tegas tidak terlalu cerewet dalam soal pemilihan duta, bagaimanapun tetap mengambil kira aspek yang diperlukan Ariani.

“Soal pemilihan duta, perkara ini istimewa, rasa macam Allah dah tetap siapa bersama Ariani.

“Saya ada rasa ‘chemistry’ lebih (dengan duta baharu), sama yang Ariani nak sampaikan. Kita tidak terlalu ‘particular’ (pemilihan) tetapi ambil kita pelbagai aspek.

“Jadi, mereka fit to our soul, aura mereka masing-masing berbeza,” katanya pada majlis pelancaran pertunjukan koleksi Ariani Layar Lara 2023 yang diadakan secara gilang gemilang, di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Acara turut diserikan dengan pembukaan persembahan petikan gitar profesional, Man Kidal bersama penyanyi Amir Masdi melantunkan lagu Sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia Ariani yang terus menyokong jenama itu, selain paduan vokal pasangan selebriti, Erni Zakri dan Syamel.

Hadir sama, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datin Seri Fatimah Taha, barisan artis dan pempengaruh.

Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaharu diperkenalkan dengan kombinasi warna,, material dan cetakan motif alam, floral dan abstrak yang lebih unik, moden dan elegan selain batu permata pada setiap helaian hijab.

Membuka majlis pertunjukan fesyen pada petang itu, lebih 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed yang terdiri daripada voile tenunan (embroidery), tenunan asas, jacquard twill, koleksi popsicle, selendang bersulam.

Turut dipamerkan, koleksi hijab premium, Ariani Luxe adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian renda dan Swarovski eksklusif.

Ariani juga kali ini menampilkan kelainan apabila pertama kalinya melancarkan subbrand baharu khas kepada kaum adam, iaitu Aryan.

Ditanya Lisa kenapa bersetuju dengan lamaran Ariani, katanya rekaan Ariani amat cantik dan tersendiri.

“Bagi ramai yang tidak tahu, Lisa berada di bawah pengurusan jadi mesti ada ijab dan kabulnya.

“Sebagai duta yang dilantik, saya berdoa dan serah pada Allah, harap dipermudahkan urusan ini dan Alhamdulillah mungkin bukan dalam satu malam keputusan dibuat tetapi ia nampaknya sudah tertulis mengikut kehendakNya.

“Beberapa bulan bersama, nampaknya ada chemistry, ada vibes,” katanya.

Dalam pada itu, Bella yang sudah sembilan tahun bersama Ariani mengucapkan rasa syukur dan bertuah dapat Lady Boss seperti Farah Haryani.

“Perjalanan yang panjang tetapi Ariani ibarat membuka pintu peluang kepada rezeki yang lain.

“Hati saya sudah sebati dengan Ariani, saya tak boleh bayangkan hidup tanpanya, andai kata satu hari tak bersama, I m gonna cry,” katanya.

Yana sebagai duta Ariani sejak tiga tahun lalu pula mendedahkan rahsia yang berlaku pada empat tahun lalu.

“Pada 2018, masa itu saya jadi penonton fesyen Ariani dan berada di tempat duduk belakang.

“Dalam hati saya masa itu berkata, MasyaAllah, seronoknya kalau jadi sebahagian daripada keluarga Ariani, saya emosi sikit sebab Allah makbulkan doa saya, honestly Yana sudah pakai Ariani sejak zaman sekolah, membesar dengan jenama ini kemudian diterima jadi sebahagian keluarga Ariani, ibarat bulan jatuh ke riba,” katanya dalam nada sebak.

Pada majlis sama, Farah Haryani turut mengumumkan Ariani mencipta sejarah baharu dengan pembukaan House of Ariani (HOA) pada 10 Mac 2023.

Bangunan berkeluasan 37,100 meter persegi menjadikan HOA sebagai gedung tudung & butik pakaian muslimah wanita terbesar di Malaysia merangkumi empat aras yang menempatkan koleksi Ariani di bawah satu bumbung.

Author

Pilihan Editor