HomeHiburanMata Fasha Sandha berdarah, kena ‘bantai’ dengan Azhan Rani

Mata Fasha Sandha berdarah, kena ‘bantai’ dengan Azhan Rani

CYBERJAYA: Pelakon, Fasha Sandha memuat naik sebuah video memaparkan dirinya cedera pada bahagian mata ketika berlakon di set penggambaraan.

Dalam perkongsian di Instagram rasminya, Fasha, 39, dilaporkan mengalami kecederaan akibat mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam.

“Kakak (Fasha) mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak tuan TV3 pada 1 Mac (pagi semalam).

“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di hospital pakar di Johor Bahru.

“Insyaallah akan berpindah ke pakar KL petang ni atau esok pagi,” tulisnya pada Khamis.

Dalam paparan video itu, kelihatan adegan Azhan Rani menarik rambut Fasha kemudian menolaknya ke dalam sebuah bilik sehingga kepalanya terhentak di bucu katil berkenaan.

Mengulas berhubung kejadian itu, Fasha berkata, tiada siapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan itu berlaku di luar jangkaan.

Bagaimanapun, pihak produksi dan Azhan sudah membuat permohonan maaf kepada Fasha sekeluarga atas kejadian berkenaan.

“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.
Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya.

“InsyaAllah saya akan update lagi perkembangan dari semasa ke semasa,” tulisnya.

https://vt.tiktok.com/ZS897HgDd/

Author

Pilihan Editor