HomeBeritaViralRebut ‘seat’ dalam kapal terbang, lelaki ini kongsi sebab ‘valid’ tak patut...

Rebut ‘seat’ dalam kapal terbang, lelaki ini kongsi sebab ‘valid’ tak patut tukar tempat duduk

 

CYBERJAYA: Kecoh di media sosial mengenai isu berebut seat dalam kapal terbang yang seperti diketahui umum bahawa sewajarnya setiap penumpang duduk di kerusi masing-masing.

Menerusi foto perkongsian yang tular itu, kelihatan paparan perbualan antara dua pihak mengenai kedudukan seat di tepi tingkap.

Mungkin barangkali ada sebilangan pihak beranggapan bahawa ‘tak salah’ untuk tukar tempat duduk dalam penerbangan namun atas beberapa faktor, seperti ‘hot spot’ dan isu keselamatan, perkara itu menjadi perhatian untuk warganet rancak berbahas.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Naufal Antezem berkaitan isu kedudukan dalam penerbangan itu tidak sewajarnya ditukar sesuka hati kerana berkait dengan isu keselamatan.

Menurutnya, sebelum ini seseorang pernah berpesan kepadanya supaya tidak berbuat sedemikian kerana bimbang jika kapal terbang yang dinaiki itu terhempas dan posisi kedudukan individu tidak sama dengan seat yang tertera namanya, perkara itu akan mendatangkan kecelaruan bagi pihak lain khususnya keluarga mangsa.

Dalam pada itu, ada juga yang berharap rakyat Malaysia cakna akan isu ‘tukar seat sesuka hati ini’ kerana jika berlakunya sebarang kemalangan, proses tuntutan insurans juga akan menjadi sukar.

Pada masa sama, ada juga netizen yang berharap supaya masyarakat Malaysia dapat menghormati ‘hak’ orang lain kerana menyifatkan seat penerbangan itu dibeli menggunakan duit masing-masing dan sewajarnya individu yang membayar itu mendapatkan haknya yang setimpal.

Author

Pilihan Editor