HomeHiburan‘Terima kasih untuk 35 tahun’, Ella beri bayangan tinggalkan dunia seni?

‘Terima kasih untuk 35 tahun’, Ella beri bayangan tinggalkan dunia seni?

PEMINAT Ratu Rock negara, Ella, hari ini terkejut apabila mendapati semua gambar di akaun Instagramnya telah dipadam.

Tindakan itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat Ella.

Ella Aminuddin, 57, telah memadamkan semua gambarnya sebelum memuat naik satu hantaran baharu dengan kapsyen penghargaan ringkas kepada peminatnya yang berbunyi, “Terima kasih untuk 35 tahun”.

Kapsyen tersebut memberikan bayangan bahawa Ella akan bersara selepas 35 tahun berkhidmat dalam industri seni.

Walaupun Ella tidak memberikan maklumat yang terperinci, peminat-peminat telah membanjiri ruangan komen.

Mereka berharap Ella tidak akan berhenti menyanyi dan terus berkarya.

Ada juga yang menghormati keputusan tersebut dan berharap agar Ella berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

Author

Pilihan Editor