HomeHiburanTrauma masa kecil, Aeril Zafrel takkan sakiti Wawa, anak-anak

Trauma masa kecil, Aeril Zafrel takkan sakiti Wawa, anak-anak

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi pengalaman trauma ketika kecil kerana bapanya amat garang dan seringkali memukul anak-anak menyebabkan beliau tekad untuk tidak mengulangi kepada orang tersayang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi yang dikatakan menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Aeril bagaimanapun enggan memberi komen mengenai insiden berkenaan tetapi secara amnya, menyelar tindakan mana-mana lelaki yang menggunakan keganasan untuk melepaskan kemarahan.

“Saya takkan angkat tangan kepada isteri dan anak-anak sebab masa kecil saya pernah trauma dipukul bapa.

“Saya tahu bagaimana rasa takut, keliru dan trauma dengan keadaan itu, saya tak mahu isteri dan anak-anak melalui perasaan keadaan yang sama.

“Sebenarnya kalau rasa marah, saya cuba istighfar jangan ikut emosi,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Pelancaran Koleksi Raya ‘Hijabistahub & Soultan Royale Night’ di Hotel JW Mariott, di sini.

Pada majlis berkenaan, kira-lira 300 selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial hadie memberi sokongan kepada pelancaran jenama Soultan hasil kolaborasi Hijabistahub bersama pelakon tanah air, Aeril Zafrel dengan simbolik kemelayuan.

Turut menampilkan pertunjukan fesyen antaranya pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal; Alif Aziz dan Bella Astillah; Mawar Rashid dan Raf Yaakob, Amyra Rosli dan Amar Baharin, Nisdawati dan Fauzi Nawawi, selain Iman Troye, Ryan Bakery dan Boss James.

Hadie memberikan persembahan, penyanyi Anuar Zain dan Ernie Zakri bersama pasangannya, Syamel.

Dalam perkembangan isu kecelakaan yang dialami Fasha Sandha selepas terhentak pada bucu katil sehingga mata kirinya cedera sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama di selatan tanah air, Aeril meminta orang ramai tidak menyalahkan mana-mana pihak.

“Kedua-dua pelakon adalah profesional, mereka tidak salah, kecelakaan berlaku tanpa dijangka.

“Untuk melakonkan babak yang ‘ganas’ memerlukan latihan yang banyak, namun kadang-kadang ada perkara yang tidak dapat kita elakkan, ” katanya.

Author

Pilihan Editor