CYBERJAYA: Meskipun platform YouTube menyediakan saluran video khas buat anak kecil menerusi ‘YouTube Kids’, namun saluran berkenaan kini dilihat tidak menjamin keselamatan anak-anak untuk menonton kerana banyak kandungan yang dipaparkan makin ‘aneh’ bagi tontonan bawah 12 tahun.
Baru-baru ini, kecoh di Twitter mengenai kandungan yang disiarkan dalam YouTube Kids berunsur pornografi.
Walaupun kanak-kanak tidak memahami apa yang dimaksudkan, ada kemungkinan mereka meniru perbuatan yang ditunjukkan dalam video tersebut.
Menerusi hantaran Twitter seorang pengguna dikenali @SueKz93 berkata, tidak hairanlah jika kini seringkali terdengar kes membabitkan budak 7 tahun rogol kanak-kanak 5 tahun.
Tak hairan la harini dgr kes budak 7tahun rogol budak 5tahun.
Kita fikir dh set Youtube Kids dh selamat. But nope. Just NOPE.
Jgn sampai dh kena kt anak sendiri baru nk menyesal. Nauzubillah. Pls stop letting your kids watch YOUTUBE. Even Tiktok. pic.twitter.com/ZeY7PcFBjc
— Sue Kz | 👣 ➡️ Nature & Fitrah (@SueKz93) March 27, 2023
Dalam hantaran sama juga turut dikongsi satu video berlatarbelakangkan kartun popular kanak-kanak Thomas & Friends, tetapi yang membuatkan ia tidak sesuai untuk ditonton ialah video tersebut berbunyi seperti ‘I’m gonna Choo, and I’m gonna Kill a lot of you’.
“I sangat stress budak-budak kecil tengok dan find it funny gelak-gelak. Tapi You don’t realise how it can impact your children,” tulisnya.
Tambah @SueKz93, tidak hairanlah jika kesihatan mental generasi masa kini semakin terjejas teruk.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut memberik pandangan yang sama mengenai hal berkenaan.
“Block semenjak terjumpa video indkoktrinasi LGBTQ dalam tu. bila godek-godek lagi, sama macam konten TikTok atas tu. YouTube memang block toksah citer lagi teruk,”
“Lepas ni kena be more aware of what anak-anak tengok on YouTube Kids,” tulisnya.
Justeru, ibu bapa diingatkan supaya lebih prihatin dalam memberi kebenaran buat anak-anak menonton saluran YouTube Kids.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih Usm)