HomeBeritaData 20 pelanggan AKPK mula disebarkan dalam laman web gelap

Data 20 pelanggan AKPK mula disebarkan dalam laman web gelap

 

CYBERJAYA: Agensi Kaunseling  dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkata bahawa data yang diperoleh secara haram seperti nama dan nombor kad pengenalan kira-kira 20 pelanggan telah mula disebarkan dalam laman web gelap oleh penjenayah siber semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Azaddin Ngah Tasir menjelaskan bahawa mereka telah menamatkan semua akses yang tidak sah dan berusaha untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sistem AKPK.

Pihak AKPK menasihatkan kepada semua pelanggannya untuk membuat laporan kepada pihak polis sekiranya terdapat penjenayah yang menyamar menjadi pegawai AKPK. 

“Kami ingin menasihatkan semua pelanggan untuk lebih berwaspada terhadap sebarang komunikasi yang mencurigakan seperti penyamaran sebagai kakitangan AKPK ataupun dari pihak institusi kewangan.

“Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda telah dihubungi oleh penjenayah siber. Anda mestilah segera menghubungi pihak polis. Anda juga boleh melayari laman sesawang CyberSecurity Malaysia untuk mendapatkan langkah Pencegahan yang lebih terperinci,” katanya.

Pada masa yang sama, AKPK akan berusaha mengurangkan impak pencerobohan dan meneruskan jangkauan dan secara terus dan berkomunikasi dengan semua pelanggan. 

Walaupun sukar bagi AKPK untuk menutup laman web rasmi tetapi ia merupakan langkah yang terbaik untuk mengurangkan risiko ancaman selanjutnya. 

Pada 30 Mac lepas, AKPK telah bertindak menyahaktifkan beberapa sistem operasinya buat sementara waktu bagi mengelak sebarang risiko seterusnya selepas sistem maklumatnya diceroboh.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor