HomeSukanFakta, JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia – TMJ

Fakta, JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia – TMJ

 

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui bahawa Harimau Selatan mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia.

Menurut baginda, perkara itu berdasarkan nama besar dan beberapa kejayaan yang dimiliki JDT yang turut memberi kesan kepada nilai komersial liga tempatan.

“Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita.

“JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta,” titah baginda menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, Officialjohor.

Baginda bertitah demikian selepas laman Instagram rasmi JDT berkongsi artikel menyatakan perlawanan membabitkan Harimau Selatan mengungguli rating tontonan di semua platform Astro.

Perkara itu tidak dinafikan dan buktinya juga boleh dilihat dengan jumlah penonton yang hadir ke stadium meningkat bagi perlawanan membabitkan aksi JDT.

Author

Pilihan Editor