HomeBeritaViralFinalis ratu cantik hampir lewat, sewa motor ‘ride’ sendiri ke venue pertandingan

Finalis ratu cantik hampir lewat, sewa motor ‘ride’ sendiri ke venue pertandingan

CYBERJAYA: Gelagat finalis Miss Grand Thailand, Ninew Anuthida yang menunggang motosikal ke venue pertandingan ratu cantik ternyata mencuri perhatian warga net.

Menerusi video yang tular di media sosial, Ninew dilaporkan hampir lewat menghadiri acara berkenaan yang berlangsung di Swisshotel Bangkok, Thailand.

Justeru, wanita jelita itu mengambil inisiatif menyewa motosikal dalam talian dan menunggangnya sendiri dengan ditemani pemilik motor di belakangnya ke lokasi acara.

Tindakan Ninew itu membuatkan orang ramai yang berada di kawasan acara menjadi kagum dengan kebolehannya membawa motosikal.

Untuk rekod, Ninew merupakan salah seorang peserta daripada puluhan peserta dari 77 wilayah Thailand yang mengikuti pemilihan Miss Grand Thailand 2023.

Ninew pernah menyertai pertandingan sama tahun lalu namun hanya meraih kemenangan bagi kategori pakaian terbaik sahaja.

Author

Pilihan Editor