HomeBeritaViral‘Kami memang suka jalan gelap, berlubang bawa maut ini’ – Penduduk Cyberjaya,...

‘Kami memang suka jalan gelap, berlubang bawa maut ini’ – Penduduk Cyberjaya, Shila Amzah kecewa ‘orang atas’ tak ambil endah soal keselamatan

CYBERJAYA: Ciapan penyanyi, Shila Amzah di Twitter mengenai jalan raya di Cyberjaya gelap mendapat perhatian umum khususnya dalam kalangan penduduk yang menetap di kawasan terbabit.

Dalam hantaran sama, Shila memuat naik paparan foto memaparkan kawasan jalan raya di Cyberjaya yang begitu gelap dan membahayakan orang ramai.

“Bilalah jalan nak ke Cyberjaya ni nak terang eh? Gelap sangat weh.

“Bahaya. Lama dah macam ni,” tulisnya dengan kecewa.

Paparan foto yang dimuat naik Shila Amzah menerusi ciapan di Twitter.

Hantaran Shila itu turut mendapat perhatian komuniti di Facebook yang dimuatnaik semula oleh page ‘Cyberjaya Info’ sekali gus menarik minat warga Cyberjaya untuk membahaskan isu berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, seorang netizen berkongsi kisah mengenai kemalangan yang meragut jiwa seorang penunggang motosikal yang maut dek kerana jalan gelap di kawasan terbabit.

 

Pada masa sama, ada juga yang memerli kerana terlalu geram dengan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak mengambil tindakan sewajarnya.

Author

Pilihan Editor