HomeBeritaViralNak lesung pipit tapi dapat bisul bernanah

Nak lesung pipit tapi dapat bisul bernanah

 

CYBERJAYA: Seorang wanita berusia 27 tahun mengalami bisul di kedua-dua pipi selepas menjalani pembedahan pembentukan lesung pipit sebulan sebelum itu.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Public Health Malaysia (PHM), wanita berkenaan mengalami bengkak yang besar selepas 10 hari pembedahan.

Malahan, dia juga mengalami kesukaran membuka mulut.

“Doktor mengeluarkan nanah di pipi secara bius setempat. Pesakit sembuh dalam masa tiga minggu namun dengan kesan parut yang kekal di pipinya.

“Pembedahan lesung pipit selalunya selamat jika dilakukan oleh profesional perubatan. Namun ia tidaklah tanpa sebarang risiko komplikasi,” tulis PHM.

Jelas PHM, pembedahan lesung pipit daripada bukan profesional juga boleh membuatkan seseorang itu mengalami komplikasi lain seperti jangkitan kuman sehingga merosakkan saraf muka dan berlakunya pendarahan.

Justeru, PHM menasihatkan orang ramai supaya elak mendapatkan khidmat pembedahan lesung pipit tanpa mengikuti prosedur yang sebenar daripada bukan profesional.

Author

Pilihan Editor