HomeBeritaViralNetizen kecam wanita ‘show off’ tukar duit raya hampir RM1.4 juta

Netizen kecam wanita ‘show off’ tukar duit raya hampir RM1.4 juta

 

CYBERJAYA: Debaran Aidilfitri semakin terasa memandangkan umat Islam kini sudahpun memasuki 10 hari terakhir Ramadan.

Rata-rata Muslim mula sibuk membuat persiapan raya seperti membeli baju raya, membuat kuih raya dan ada juga sebahagian daripada kita menuju ke bank untuk menukar duit raya.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular foto memaparkan seorang wanita menukar duit raya dengan jumlah bernilai hampir RM1.4 juta.

Menerusi beberapa kepingan foto itu, kelihatan wanita yang berpakaian serba hitam dan memakai pelitup muka sedang memasuki kepingan wang kertas berwarna ungu dengan jumlah yang banyak dalam sebuah beg.

Foto yang tular di Facebook itu mendapat kecaman hebat oleh warga net kerana menyifatkan wanita terbabit seolah-olah ‘show off’ dengan kekayaan yang dimilikinya.

Malahan, netizen turut berpandangan paparan sedemikian hanya membuka ruang buat perompak mendekati wanita terbabit sebagai sasaran.

Dalam pada itu, terdapat juga suara yang mengatakan tindakan wanita berkenaan jelas menunjukkan contoh ‘orang kaya’ yang tidak berpendidikan tinggi.

Author

Pilihan Editor