HomeHiburanTomok ‘melayang’ RM5,593, anak tak sengaja rosakkan pakaian di butik mewah

Tomok ‘melayang’ RM5,593, anak tak sengaja rosakkan pakaian di butik mewah

 

CYBERJAYA: Penyanyi, Tomok baru-baru ini berdepan detik cemas apabila anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama hingga membuatkannya terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika isterinya masuk ke butik tersebut untuk membeli seluar bersama anak-anak mereka.

“Saya bersama dengan family saya tadi, kita ada dekat The Garden Mid Valley untuk berbuka puasa, jadi sekarang dah pukul 9.30 malam isteri saya nak beli seluar.

“Tapi satu kejadian yang berlaku tadi, anak saya dah tumpahkan pengilat kuku kat baju dan juga seluar yang berharga RM1,299. Ia bukannya kena bukan pada satu tapi pada empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899,” katanya menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad malam.

Susulan kejadian itu, Tomok mengakui kesilapan datang daripada pihaknya dan membuat pembayaran ganti rugi bagi pakaian yang rosak itu.

“Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini… selepas diskaun saya kena bayar RM5,593.

“Saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya. Pengilat kuku hanya terkena sikit pada baju, tapi saya faham ini peraturan dan saya mengaku ini silap saya.

“Ujian nak raya mungkin, siapa nak beli boleh mesej saya. Saya tak jual harga ini, insya Allah ada rezeki lain untuk saya,” ujarnya dengan tenang.

Author

Pilihan Editor