HomeGaya HidupCuaca panas bikin dahaga! Sejukkan badan dengan minum air campuran bunga telang

Cuaca panas bikin dahaga! Sejukkan badan dengan minum air campuran bunga telang

CYBERJAYA: Kehangatan yang dirasai dek kerana cuaca panas tak menentu kini pasti membuatkan ramai yang berasa kering dan pening kepala.

Malah, cuaca panas yang kini seringkali dikaitkan dengan strok haba hingga timbul isu anak-anak meninggal dunia akibat strok haba membuatkan rata-rata rakyat di Malaysia semakin berjaga-jaga dan tidak ambil mudah berhubung perubahan cuaca masa kini.

Banyak tips dan kaedah yang digunakan ibu bapa bagi memastikan kesihatan keluarga terjaga seperti minum air kosong dengan kadar mencukupi, tidak keluar berjalan di waktu tengahari dan mungkin ada juga yang memilih untuk kerap mandi bagi memastikan suhu badan dalam keadaan sejuk.

Selain daripada inisiatif berkenaan, terdapat satu lagi tips yang menarik sesuai untuk dipraktikan semua lapisan masyarakat iaitu dengan mengamalkan minuman air campuran bunga telang.

Berdasarkan kajian pada 2021, ekstrak bunga telang dapat meningkatkan hidrasi kulit sebanyak 70 peratus selepas penggunaannya, lapor portal Hello Doktor.

Menurut seorang pengguna Facebook, Dhia Raihana, air campuran bunga telang memberi banyak manfaat seperti menyejukkan badan dan merawat sembelit.

Dhia yang turut menghidap Gastroesophageal reflux disease (GERD) akui bahawa air campuran bunga telang dapat meredakan kesakitan yang dialaminya.

“Air ini remedies sejukkan badan, redakan reluks, redakan batuk, redakan sembelit, redakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit GERD.

“Bosankan tiada air nak minum, boleh minum air ni. Tak mahal, tak susah, natural,” tulisnya.

Berikut merupakan resepi air campuran bunga telang yang boleh anda cuba:

  • Bunga telang – 20 helai rebus kosong
  • Campur sedikit molases (gula tebu) /orcs (gula organik)
  • Biji selasih – 1 sudu makan
  • Air suam
  • Optional – lemon / peach / pear/ epal / buah naga

 

Cara penyediaan:

1.Bunga telang direbus dengan air dan masukkan juga gula organik atau gula tebu.

2.Masukkan air suam ke dalam botol dan masukkan biji selasih.

3.Kemudian bila biji selasih telah mengembang ‘drop’kan air rebusan bunga telang dan jangan kacau. (ini untuk jadikan ia berlapis)

4.Kemudian masukkan hirisan lemon dan sedia untuk dinikmati.

Author

Pilihan Editor