HomeSukanFAT gantung dua pemain dan tiga staf terlibat aksi pergaduhan perlawanan akhir...

FAT gantung dua pemain dan tiga staf terlibat aksi pergaduhan perlawanan akhir Sukan SEA

AKSI perlawanan akhir bagi acara bola sepak di Sukan SEA 2023 yang membabitkan pasukan Indonesia dan Thailand pasti diingati para peminat bola sepak di Asia Tenggara kerana dihujani dengan layangan kad merah.

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) hari ini memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada pemain dan barisan kejurulatihan yang terlibat ketika insiden di perlawanan itu.

Jawatankuasa Siasatan FAT telah bersetuju untuk menggantung tiga staf skuad Sukan SEA mereka selama setahun. Individu yang dikenakan penggantungan itu merupakan jurulatih penjaga gol, Prasadchok Chokmoh dan dua staf pasukan iaitu Payed Madada dan Patrawut Wongsripuek.

Ketiga-tiga mereka ini telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai jurulatih skuad Gajah Perang sesama temasya berlangsung dan gagal menunjukkan teladan yang baik kepada para pemain-pemain muda pasukan serta telah mencemarkan imej Thailand menyebabkan mereka perlu menjalani hukuman penggantungan. 

Penjaga gol, Soponwit Rakyart dan pemain tengah, Thirapak turut digantung oleh jawatankuasa yang sama selama enam bulan dan atas beberapa faktor oleh Jawatankuasa FAT meringankan hukuman itu lapor Siam Sport.

Tindakan yang cepat dibuat oleh Soponwit dengan membuat permohonan maaf serta menyatakan kekesalan atas insiden yang berlaku ketika aksi perlawanan akhir pada 16 Mei lalu. Dengan usia kedua-kedua pemain ini yang masih muda, pihak jawatankuasa turut mengambil kira faktor usia mereka. 

Menurut laporan Makan Bola, hukuman yang diterima oleh  kedua-dua pemain muda Thailand ini akan dijalankan serta-merta dan menyebabkan mereka berdua bakal terlepas untuk beraksi bersama pasukan Gajah Perang dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 pada September.

Jurulatih Thailand B-23, Issara Sritaro terpaksa mencari jurulatih baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh tiga staf kejurulatihannya bagi memastikan persiapan untuk kempen Kelayakan Piala Asia B-23 berjalan seperti yang dirancang. 

 

Author

Pilihan Editor