HomeTeknologiInstagram perkenalkan ciri GIF di ruangan komen

Instagram perkenalkan ciri GIF di ruangan komen

 

CYBERJAYA: Pengguna aplikasi Instagram bakal menikmati penggunaan GIF menerusi ruangan komen.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Adam Mosseri yang turut mendapat persetujuan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.

Menurut Adam, menerusi ciri terbabit, pengguna boleh melakukan carian GIF dari GIPHY, dan menerbitkan ia sebagai komen di Instagram, lapor portal Engadget.

Untuk makluman, penggunaan GIF di ruangan komen Instagram ini adalah sebahagian perkembangan Meta dalam mengintegrasikan ciri sama di Facebook.

Dengan pengenalan ciri itu, ruangan komen di Instagram akan kelihatan lebih meriah dengan penggunaan GIF.

Bagaimanapun, ciri baharu itu kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram di seluruh dunia.

Author

Pilihan Editor