HomeGlobalJadi bapa kepada 550 anak, mahkamah perintah lelaki berhenti derma sperma

Jadi bapa kepada 550 anak, mahkamah perintah lelaki berhenti derma sperma

SEORANG lelaki di Belanda dilarang mendermakan spermanya, selepas dia kini menjadi ‘bapa’ kepada sekurang-kurangnya 550 anak.

Larangan itu dikeluarkan Mahkamah Daerah Hague setelah mendapati penderma sperma, Jonathan M, 41, mendermakan spermanya kepada beberapa klinik kesuburan di Belanda dan Denmark sejak 2017, lapor BBC.

Mengikut garis panduan di Belanda, seseorang lelaki itu hanya dibenarkan menderma sperma untuk menjadi bapa kepada 25 anak atau daripada 12 keluarga sahaja.

Peguam Jonathan menyatakan, tindakan anak guamnya itu hanya untuk membantu ibu bapa yang tidak mempunyai cahaya mata sahaja.

Bagaimanapun, alasan tersebut tidak diterima mahkamah kerana tindakan Jonathan telah mengakibatkan anak-anak yang dilahirkan menerusi spermanya itu kini berdepan dengan rangkaian persaudaraan yang besar.

Susulan itu, Jonathan diarahkan mengikut perintah mahkamah dan jika injuksi dilanggar, dia boleh dikenakan denda sehingga €88,000 (RM493,378).

Author

Pilihan Editor