HomeSukanKesilapan diri sendiri punca Arsenal serahkan kejuaraan EPL kepada Man City

Kesilapan diri sendiri punca Arsenal serahkan kejuaraan EPL kepada Man City

MESKIPUN berbaki dua lagi perlawanan, Manchester City telah mengesahkan kejuaraan English Premier League (EPL) untuk kali ketiga berturut-turut, selepas pasukan yang berada di tangga kedua, Arsenal tewas pada perlawanan pagi tadi.

The Gunners sebelum ini tampak menjadi calon juara yang baharu oleh para peminat EPL setelah konsisten berada di tangga pertama liga dalam tempoh masa yang lama namun gagal mempertahankan kedudukan itu setelah gagal mendapatkan mata penuh dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Dengan kegagalan The Gunners itu, skuad kendalian Pep Guardiola terus tampil dengan garang untuk memintas Arsenal dan terus dinobatkan sebagi juara pada musim 2022/2023 dengan berbaki dua perlawanan berbanding Arsenal.

Sebelum ini, Arsenal masih mempunyai peluang yang tipis untuk menjuarai liga dengan mengharapkan keajaiban yang berlaku dengan mengharapkan City tewas pada perlawanan menentang Chelsea. Namun semua itu musnah apabila mereka yang tewas dahulu dengan jaringan 1-0 kepada Nottingham Forest.

Memetik laporan Semuanya Bola, City yang masih mempunyai tiga lagi perlawanan tidak perlu merasa tertekan dengan aksi yang seterusnya berdepan Chelsea, Brighton & Hove Albion dan Brentford. 

Skuad The Cityzens itu turut berpeluang menjadi juara UEFA Champions League (UCL) buat kali pertama apabila bertemu dengan Inter Milan pada 11 Jun ini dan ini juga merupakan misi buat Pep Guardiola untuk menghadiahkan trofi untuk kepada peminat The Cityzens.

Author

Pilihan Editor