HomeBeritaViralKhairul Aming bangun tidur terkejut! Gordon Ramsay duet video

Khairul Aming bangun tidur terkejut! Gordon Ramsay duet video

 

CYBERJAYA: Pempengaruh terkenal, Khairul Aming, berkongsi keterujaan apabila cef terkenal dunia, Gordon Ramsay, menduet salah sebuah videonya di TikTok.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Khairul Aming memuat naik sebuah video dengan kapsyen ‘guys Gordon Ramsay duet video kita, thank you @gordonramsay. 

Menariknya, video masakan yang dikongsi oleh pempengaruh tersebut merupakan inspirasi daripada buku masakan ‘Uncharted by Gordon Ramsay’.

Selain itu, umum sedia maklum mengenai kritikan dan keceloparan mulut cef terkenal tersebut yang membuatkan Khairul gusar dengan reaksi yang bakal diberikannya

“Tadi saya bangun tidur lepas itu semua orang tag saya yang Gordon Ramsay ada duet video masak.

“Saya harap dia tak maki lah, saya takut dia marah. Jom kita tengok dulu apa reaksi dia,” ujarnya dalam video duet di TikTok.

Dalam video tersebut, Gordon memberi komen mengenai sudu ‘legend’ yang digunakan oleh Khairul Aming dengan berkata, ‘kecilnya sudu anda’.

Gordon mengakhiri video duet dengan menyatakan kehadirannya ke Malaysia pada minggu hadapan.

“Datang Malaysia, saya bagi sambal,” seloroh Khairul Aming.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor