HomeBeritaViralKhairul Aming sewa dua 'private yacht' bawa 60 staf cuti di Langkawi

Khairul Aming sewa dua ‘private yacht’ bawa 60 staf cuti di Langkawi

.

CYBERJAYA: Pempengaruh media sosial, Khairul Aming, sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen apabila memberikan layanan 5 bintang kepada 60 orang stafnya.

Menerusi perkongsian di halaman Instagram Khairul Aming Kamaruzzaman, usahawan berusia 30 tahun itu turut menutup kilangnya selama lima hari bagi merealisasikan hasrat percutian tersebut.

“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 staf bercuti di Langkawi,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, dia turut menyediakan hotel lima bintang, jet ski, snorkelling dan pelbagai aktiviti menarik yang lain termasuk menyewa kapal persendirian untuk melihat matahari terbenam.

Malah, kesemua pekerjanya itu sekali lagi mendapat ‘bonus’ yang diberikan untuk mereka membeli-belah semasa berada di Langkawi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh ingin berhenti kerja untuk memohon kerja di kilang pempengaruh tersebut.

“Ada kerja kosong tak? Saya pandai rasa sambal,” tulisnya.

“Salam KA, nak tanya dekat kilang KA ada nak pakai kipas lebih tak? Saya boleh jadi satu kalau nak,” seloroh netizen.

“Ming saya pandai makeup kan Bezza Aming, ada kerja kosong ke?” kongsi netizen.

Sebelum ini, Khairul Aming telah membuat kejutan raya kepada pekerjanya dengan membawa mereka membeli-belah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri serta berbuka puasa di hotel dan memberikan bonus hari raya. 

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor