CYBERJAYA: Pelakon, Aaron Aziz tampil memberi penjelasan selepas dikecam teruk oleh netizen disebabkan tindakannya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar yang terdapat kucing di dalamnya.
Menurut Aaron Aziz atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, tindakan memegang haiwan itu hanya sekadar lakonan semata.
Malah, Aaron turut menjelaskan terdapat pakar haiwan berdekatan yang mengawasi persekitaran ketika babak tersebut dirakam dimana adegan terbabit merupakan kali pertama dia berlakon bersama ular.
Justeru, faktor terbabit juga menjadikan Aaron sedikit ghairah dan mengakui kesilapannya.
Aaron turut menegaskan bahawa di sebalik video yang tular itu, orang ramai tidak melihat keprihatinannya terhadap kucing-kucing tersebut serta berkali-kali dia bertanyakan adakah haiwan comel tersebut akan terganggu dengan kehadiran ular berkenaan.
“Saya nak tujukan mesej ni kepada page Animal Malaysia (MMA).
“Sebelum buat babak itu, director semua dah test kalau kucing itu ada any signal of distressed kita tak akan buat babak itu.
“Second thing, itu bukan ular saya, masa itu ada 11 orang untuk menjaga the wellbeing of the cats and wellbeing of the snake jugak,” katanya menerusi video yang dimuat naik Instagram miliknya semalam.
Dalam pada itu, Aaron berharap orang ramai tidak meletakkan kesalahan ke atas dirinya sahaja kerana dia hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan pihak atasan.
Selaku pencinta kucing dan membela 9 ekor kucing di rumah, Aaron berkata tidak mungkin dia akan menzalimi kucing tersebut.
Untuk rekod, menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia (MMA) di akaun Instagram rasminya, MMA menyela tindakan Aaron meletakkan ular berdekatan dengan sangkar kucing.
Dalam kenyataan sama, MMA menegaskan kucing tersebut akan mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat musuh berkenaan.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)