HomeSukanE-sukanMadness Esport gagal bawa Malaysia ke IESF

Madness Esport gagal bawa Malaysia ke IESF

 

CYBERJAYA: Selepas menewaskan Brunei 2-0, Malaysia gagal membawa rentak yang sama ketika menentang Kemboja dan tewas 2-1.

Malaysia diwakili Madness Esport menentang Burn X Flash wakil Kemboja di kelayakan kejohanan International Esport Federation (IESF) zon Asia Tenggara pada Rabu, lapor portal mygameon.

Pada perlawanan pertama, Wan Wan yang dimainkan Fury dari Burn X Flash mengganas selepas berjaya mencatat 12 kill tanpa kematian.

Malaysia gagal mengekang barisan hero Burn X Flash seperti Fredrinn, Yu Zhong dan Franco.

Madness bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada perlawanan kedua selepas bermain selama 20 minit.

Karrie dan Diggie yang digunakan Xayysz dan Mali berjaya menunjukkan persembahan yang baik dan sekaligus menutup Fury yang bermain Melissa.

Namun, pada perlawanan penentuan, strategi yang sering digunakan Madness Esport iaitu Baxia jungle gagal membawa kemenangan untuk skuad negara.

Kali ini, Kemboja menggunakan Karrie dan berjaya mengalahkan draf yang mempunyai tiga hero kebal iaitu Baxia, Martis dan Lolita.

Dengan kemenangan tersebut, Kemboja akan mengiringi Filipina ke kelayakan IESF zon Asia + Ocenia

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor